Tuesday, July 5, 2011

contoh karangan btajuk perihal diri,perancangan pengajian dan kerjaya

penat gak otak ak pikir nk wt karangan tok mara nie....last2 dpt gak akhir nye...
just copy paste ...hehe
utk korang2 gak ...


Saya polan bin polan, berumur 35 tahun dan lahir pada 14 januari 1984 di Felda Gedangsa, Selangor. Saya merupakan anak yang kedua daripada lima orang adik beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu di Perak dari darjah 1 hingga darjah 6. Saya memperolehi keputusan UPSR 5A. Kemudian saya melanjutkan pelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Parit Buntar dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Alhamdulillah, saya memperolehi keputusan yang bagus 8A pada peringkat PMR dan 11 A1 pada peringkat SPM.

Sekarang saya berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Asia College dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat. Saya amat berminat untuk mempelajari bidang ini sejak dari sekolah rendah dahulu. Sebelum ini saya pernah mengikuti kursus berkaitan teknologi maklumat sewaktu di sekolah menengah. Saya juga pernah menolong guru saya dalam hal-hal berkaitan teknologi maklumat seperti memformat kembali komputer yang rosak di sekolah dan mempelajari selok belok kerosakan komputer dan cara untuk membaikinya.

Oleh itu, dengan melanjutkan pengajian di dalam bidang ini saya berharap agar saya dapat menambahkan lagi kemahiran saya di dalam jurusan ini. Selepas mendapatkan diploma, saya akan cuba untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Sekiranya berpeluang, saya ingin memohon untuk menjadi tenaga pengajar di dalam bidang ini. Saya akan buktikan kepada ayah dan ibu saya bahawa pengorbanan mereka menyekolahkan saya adalah tidak sia-sia.

Sekiranya saya dapat menamatkan pengajian saya di Asia College ini dengan baik ,saya akan berusaha untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan status diploma yang saya ambil. Saya akan mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun dan sekiranya berpeluang, saya akan cuba untuk menubuhkan perniagaan saya sendiri ataupun menghasilkan produk berkaitan teknologi maklumat menggunakan jenama sendiri dan memasarkan ke persada dunia bagi membuktikan rakyat Malaysia juga mampu berdaya saing.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan perancangan kerjaya yang ingin saya lakukan.

6 comments:

  1. salam. nk tny, yg ni tulis tgn atau guna word je then print?

    ReplyDelete
  2. untuk mara kena print or tulis tangan....harap jawab...thanks

    ReplyDelete
  3. salam... nak tnye... karangan nie cukop ke 300 p/p... lau tngok cmnie... cam ta cukop je... haha... sory... tnye je...

    ReplyDelete
  4. salam. terima kasih banyak-2. kalau nk pikir sendiri mmg pening lah sbb 300pp. :)

    ReplyDelete
  5. assalam , sya nak tnya sya dapat surat and dalam surat tu nk dalam english , tapi lau buat dalam BM pn bole ke ?

    ReplyDelete